WELCOME TO
Principal's Foreword
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Budi Usaha Bakti.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya laman web SMSS dapat diterbitkan dengan jayanya. Tahniah dan syabas kepada Natysso SMSS iaitu pasukan yang menyiapkan laman web sekolah atas usaha gigih dan komitmen yang padu untuk menerbitkan laman web ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada seluruh warga sekolah yang telah memberikan kerjasama yang mantap kepada pasukan Natysso SMSS untuk mendokumentasikan segala peristiwa sekolah dengan lengkap.
Alhamdulillah, sepanjang tahun 2020 banyak kejayaan yang telah dihasilkan oleh warga SMSS meskipun kita masih dalam perintah kawalan pergerakan. Segala kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa usaha dan komitmen guru-guru dan kakitangan serta kesungguhan para pelajar bersama sokongan padu PIBG dan Alumni SMSS. Tahniah kepada seluruh warga SMSS yang telah mengharumkan nama SMSS dalam peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. SMSS sentiasa cakna akan pencapaian pelajar dalam bidang akedemik, kokurikulum dan sahsiah untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang berdaya saing tinggi bagi menghadapi cabaran dunia global.
Saya mengharapkan seluruh warga SMSS dapat merealisasikan impian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang melangkah ke gelombang kedua 2016-2020. Warga pendidik perlu menerajui transformasi pendidikan negara dengan semua warga SMSS diseru dalam menjayakan pembelajaran abad ke-21 melalui pengaplikasian sistem pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berfokus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta penglibatan murid secara aktif. Murid perlu menyemaikan komitmen yang tinggi dalam meneruskan tradisi menggilap kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Seiring dengan tag line sekolah iaitu Bringing Excellent To Students, pihak pengurusan SMSS telah menambah baik infrastruktur di dalam dan luar kelas untuk kegunaan pihak sekolah terutamanya para pelajar. Saya berharap para pelajar dapat menggunakan setiap kemudahan yang disediakan secara optimum untuk mencapai kecemerlanagn dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Para pelajar perlu memerangi sifat culas dan malas dalam membudayakan etika yang gemilang kea rah proses kemenjadiannya sebagai modal insan negara.
Tahniah sekali lagi kepada ahli kumpulan Natysso SMSS yang telah berjaya mendokumentasikan segala memori suka dan duka yang akan tersemat sebagai memori indah warga sekolah. Semoga laman web Natysso SMSS sentiasa menjadi sumber aspirasi dalam mengasah kreariviti. Selamat maju jaya kepada semua warga SM Sains Selangor.
Sekian, terima kasih.
SAINS SELANGOR
What's going on in SMSS
Virtual Run 5 KM
Sports Day
ICIC and SSIC
Class Decorating
Post MCO
Back To School